fbpx

Insiden Eriksen rebah undang emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Denmark mengiringi Eriksen yang diusung keluar dari stadium selepas rebah secara tiba-tiba pada aksi Kumpulan B Euro 2020 di Stadium Parken, Copenhagen awal pagi semalam. – AFP

COPENHAGEN – ‘Denmark kalah, namun nyawa menang’. Itulah tajuk utama ditulis sebuah akhbar Denmark susulan insiden pemain negara itu, Christian Eriksen mengalami serangan jantung ketika tewas 0-1 kepada Finland pada aksi pertama Kumpulan B Euro 2020 pagi semalam.

Eriksen, 29, secara tiba-tiba rebah di atas padang dan mencetuskan panik kepada semua pemain dan penyokong yang berada di Stadium Parken sehinggakan perlawanan terpaksa ditangguhkan selama satu jam 45 minit.

Bagaimanapun, aksi kembali berlangsung selepas perancang tengah Inter Milan itu kembali sedar setelah menerima rawatan pantas daripada semua pemain Denmark dan pasukan perubatan yang sedaya upaya cuba menyelamatkan nyawanya.

Doktor pasukan Denmark, Mroten Boesen mendedahkan, Eriksen boleh bercakap semula sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

“Kami mendapati ada pernafasan dan (denyutan) nadi ketika dia masih terbaring di atas padang. Dia kemudian diberikan rawatan kecemasan (CPR) dan urutan jantung yang turut dibantu para doktor di stadium.

“Christian (Eriksen) dapat ber­­cakap dengan saya sebelum dia terus dibawa ke hospital,” katanya.

Ketua jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand tetap berbangga dengan semangat barisan pemainnya yang tetap meneruskan perlawanan itu biarpun tewas kepada gol tunggal penyerang Finland, Joel Pohjanpalo pada minit ke-59.

“Anda tidak akan dapat bermain sebenarnya selepas me­nyaksikan salah seorang kawan rapat sedang bertarung nyawa. Simon Kjaer (kapten Denmark) sangat tersentuh dan sudah cuba sedaya upaya memberikan aksi terbaik tetapi masih tidak berjaya,” jelasnya.

Kjaer adalah individu pertama yang bertindak pantas memberikan bantuan pernafasan kepada Eriksen yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI