fbpx

Godam Facebook tipu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Godam akaun Facebook sebelum hantar pesanan untuk meminjam wang. Itu modus operandi digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi menipu seorang warga emas di Bentong semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.35 tengah hari itu, mangsa yang berumur 62 tahun mengalami kerugian RM1,600 selepas ditipu suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula selepas mangsa menerima pesanan melalui ‘Facebook Messenger’ rakannya dikenali sebagai Ita yang mahu meminjam wang sebanyak RM1,600.

“Mangsa telah memindahkan wang dengan jumlah itu di mesin pengeluaran automatik (ATM) ke satu nombor akaun yang diberikan sebanyak dua transaksi.

“Mangsa kemudian menghantar gambar resit transaksi berkenaan ke Facebook Messenger rakannya itu namun individu terbabit meminta lagi wang sebanyak RM600 menyebabkan mangsa berasa curiga,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mangsa menghubungi rakannya itu melalui telefon dan bertanyakan mengenai pesanan di Facebook Messenger untuk meminjam wang berkenaan namun rakannya menyatakan tidak pernah menghantar pesanan sedemikian.

Ujarnya, mangsa yang sedar ditipu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI