fbpx

Bayi berusia dua hari ditemui dalam kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi perempuan berusia dua hari dan masih hidup ditemui ditinggalkan dalam kotak di sebuah pondok bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan di sini pagi semalam.

SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia dua hari dan masih hidup ditemui ditinggalkan dalam kotak di sebuah pondok bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan di sini pagi tadi.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Felda Sendayan, Mejar Mohd. Yasin Abd. Jamil, 63, berkata, difahamkan bayi berkenaan ditemui oleh seorang wanita berusia 50-an yang kebetulan menunggu di pondok bas tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya, ketika duduk di pondok bas itu, wanita tersebut ternampak sebuah kotak yang berada di bahagian bawah seperti sedang bergerak-gerak.

“Apabila menghampiri kotak tersebut, wanita itu terkejut mendapati ada seorang bayi perempuan yang masih hidup,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihak polis telah menerima laporan berhubung penemuan bayi tersebut daripada orang awam pukul 11.58 pagi dan setakat ini bangsanya masih belum dikenal pasti.

“Bayi perempuan tersebut dalam keadaan sihat dan dianggarkan baru berusia dua hari,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes yang disiasat untuk tampil memberi maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-777 8789. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI