fbpx

Ambil pembunuh upahan bunuh suami, wanita mahu bayar secara ansuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Carrion berkata dia mahu suaminya dibunuh akibat tidak tahan didera. -Getty Images

LEHIGH, PENNSYLVANIA – Seorang wanita di Amerika Syarikat didakwa cuba mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya dan menawarkan membayar AS$4,000 (RM16,460) secara ansuran iaitu AS$100 (RM411) seminggu, lapor majalah Newsweek kelmarin. 

Claudia F. Carrion, 44, dituduh melakukan cubaan membunuh apabila mengambil khidmat pembunuh upahan bagi membunuh suaminya.

Maklumat kes tersebut diperoleh daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan pejabat peguam daerah Lehigh, James B.Martin dan Ketua Polis Allentown, Glenn Granitz dan dikongsikan oleh Jabatan Polis Allentown Jumaat lalu.

Kenyataan tersebut menulis, oleh kerana tidak mampu untuk membayar wang AS$4,000 (RM16,460) itu sekali gus, Carrion mendepositkan wang berjumlah AS$100 (RM411) sebagai wang pendahuluan dan akan menjelaskan bakinya kemudian.

“Wanita tersebut yang dikenali sebagai Carrion,  bertemu dengan seorang detektif polis Allentown yang menyamar. Dia memaklumkan mahu suaminya dibunuh kerana tidak tahan didera,” tulis kenyataan itu.

Pihak berkuasa turut mendakwa bahawa Carrion pernah cuba untuk mendapatkan khidmat pembunuh upahan atas tujuan sama sebelum ini.

Carrion yang gagal membayar wang jaminan sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta) dihantar ke penjara daerah Leheigh menjelang perbicaraan kesnya yang dijadualkan berlangsung pada 8 Julai depan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI