fbpx

2,251 kompaun dalam tempoh 13 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi

SHAH ALAM – Walaupun telah berulang kali diingatkan namun masih ramai gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila sebanyak 2,251 kompaun dikeluarkan di seluruh Selangor sepanjang 13 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa pertama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, daripada jumlah tersebut menunjukkan kesalahan paling tinggi adalah penjarakan fizikal sebanyak 541 kompaun diikuti tidak memakai pelitup muka (523 kompaun) dan tidak mengimbas kod QR MySejahtera (238 kompaun) serta lain-lain kesalahan.

“Masih ada segelintir didapati gagal dalam mengikuti SOP mudah apabila hadir ke satu-satu tempat tanpa memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal

“Ada juga kesalahan majikan gagal memastikan pekerja mereka mencatitkan kehadiran dalam MySejahtera,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Jelas beliau, pihaknya akan meneruskan tugas penguatkuasaan pematuhan SOP ini secara lebih serius. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI