fbpx

Tolonglah bantu Iqram Dinzly berubat – Akma Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL (kanan) terpanggil mengajak kawan-kawan artis untuk membantu Iqram (tengah) yang kembali menjadi perhatian dengan aksi pelik dalam laman sosial. Gambar kiri: PU Syed.

PETALING JAYA – Melihat perubahan tingkah laku pelakon Iqram Dinzly yang semakin aneh, penyanyi Akma Abdullah memohon rakan selebriti yang berkawan rapat dengan pelakon itu supaya tampil membantu.

Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah berkata, dia percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi kepada Iqram sehingga perwatakan dan kelakuannya berubah menjadi aneh.

“Dahulu semasa Iqram keluar dengan imej baharu, macam-macam dia buat. Saya fikir dia saja-saja (jadi aneh).

“Tapi apabila dah lama-lama, sampai ke tahap macam ini, saya rasa something is not right (ada sesuatu yang tidak kena). Subhanallah,” tulis Akma.

Kerana bimbang melihat keadaan Iqram, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu justeru meminta rakan-rakan artis yang rapat dengan Iqram untuk membantunya mendapatkan rawatan.

“Saya yakin ada ramai rakan selebriti yang rapat dengan Iqram. Mungkin boleh bantu dia untuk dapatkan rawatan segera. Pujuk dia,” ujarnya.

Akma menyatakan pandangan tersebut sebagai respon terhadap hantaran yang dikongsikan oleh pendakwah bebas, PU Syed apabila memberitahu supaya Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saifuddin perlu dirawat jika benar dia mempunyai masalah kesihatan.

Syed menyatakan pandangan sedemikian selepas Iqram menerusi aplikasi Bigo Live telah mengeluarkan satu kenyataan dan tingkah laku yang dikhuatiri boleh menyebabkan akidahnya terpesong.

“Sedikit ulasan saya tentang Iqram. Perlu bawa untuk dapatkan rawatan kalau benar dia sakit. Tapi kalau dibuat dalam keadaan dia sedar, perlu diambil tindakan undang-undang kerana telah merosakkan akidah diri dan umat Islam yang lain,” kata Syed.

Dalam aplikasi Bigo Live tersebut, Iqram telah ditegur seorang lelaki supaya mengingati Allah SWT.

Bagaimanapun, Iqram yang tampil dengan solekan menakutkan telah memberikan respons tidak wajar apabila mengeluarkan kenyataan seolah-olah dirinya ‘Tuhan’ dan meminta untuk disembah.

Beberapa tahun lalu, Iqram pernah mencetuskan pertanyaan ramai dengan aksi pelik sehingga berdepan kecaman ramai dengan kata-kata kesat dalam media laman sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI