fbpx

Tak sempat seludup 1,530 paket minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Ibu Pejabat Polis Pasir Mas bersama kotak-kotak mengandungi 1,530 paket minyak masak paket yang cuba diseludup ke negara jiran. - Foto IPD Pasir Mas

PASIR MAS – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 1,530 paket minyak masak paket bersubsidi bernilai RM3,900 ke negara jiran melalui pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini gagal apabila perbuatan itu dihidu pihak polis.

Lelaki berusia 48 tahun itu dicekup selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Trooper yang dipandunya terbabas akibat jalan licin di Kampung Lanchang, Jeram Perdah di sini di sini pada pukul 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa melakukan rondaan, anggota polis melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Siram.

“Apabila tiba di Kampung Lanchang di sini, kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas akibat jalan licin.

“Anggota polis telah bertindak menahan suspek dan kemudian melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pemeriksaan itu telah membawa kepada penemuan kotak mengandungi 1,530 paket minyak masak yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

Katanya, suspek dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI