fbpx

Suami bayar nafkah anak, isteri guna duit satu sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa Sanford menggunakan SUV untuk menarik karavan berisi syiling (atas, kanan) sebelum melonggokkan duit itu di hadapan rumah ibunya sebagai cara membayar nafkah penjagaan anak. – WTVR/Metro UK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai bayaran nafkah penjagaan anaknya, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Tindakan melulu lelaki itu bagaimanapun dibalas dengan kebaikan apabila bekas isteri dan anaknya mendermakan wang itu kepada pusat bantuan keganasan rumah tangga.

Anaknya, Avery Sanford berkata, ketika kejadian, bapanya tiba di hadapan rumah dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Dia berhenti dan memusingkan SUV itu ke arah belakang dan melonggokkan duit syiling di atas jalan.

“Ibu saya menyaksikan kejadian tersebut dan bertanyakan kepada bapa saya tentang tindakannya.

“Dia kemudian memberitahu bahawa wang itu adalah untuk nafkah perbelanjaan kami yang terakhir,” ujar Avery.

Dia berkata, ibunya kemudiannya mengumpulkan duit syiling tersebut menggunakan sebatang penyodok.

“Dia bukan sahaja memalukan ibu, malah saya dan kakak saya. Amat menyedihkan kerana dia tidak berfikir dahulu sebelum bertindak ,” kata Avery.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dalam satu temu bual bersama stesen televisyen WTVR berkata, dia mengaku melakukan perbuatan itu kerana didorong oleh kekecewaannya selama 18 tahun.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bermaksud untuk merosakkan hubungan dengan anaknya meskipun dipengaruhi dengan emosi ketika melakukan perbuatan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI