fbpx

Pesakit Covid-19 varian Delta di China menjadi tenat lebih pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam sedang menunggu di dalam sebuah pusat vaksinasi di Wuhan, China Rabu lalu. -Getty Images

BEIJING – Doktor di China memaklumkan keadaan pesakit Covid-19 yang dijangkiti varian Delta memburuk dengan lebih pantas dari kebiasaan, lapor akhbar New York Times kelmarin.

Doktor berkata, empat daripada lima pesakit akan menunjukkan simptom demam dengan konsentrasi virus di dalam badan pesakit akan naik kepada paras lebih tinggi berbanding sebelum ini dan turun dengan amat perlahan.

Pengarah perubatan rawatan kritikal Universiti Sun Yat-sen di Guangzhou, Guan Xiangdong berkata, sehingga 12 peratus pesakit menjadi sakit kritikal dalam tempoh tiga hingga empat hari berbanding hanya dua atau tiga peratus sebelum ini.

Doktor di Britain dan Brazil melaporkan trend yang sama bagi varian itu namun belum mengesahkan tahap keseriusannya.

Testimoni terbaharu dari China itu menunjukkan bahaya varian Delta yang dilabel oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai ‘varian membimbangkan’.

Penularan varian Delta di tenggara China menimbulkan persoalan berkenaan keberkesanan vaksin keluaran negara itu.

Pihak berkuasa China bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah individu yang dijangkiti varian itu selepas divaksin.

Pihak berkuasa Guangzhou berkata, pihak pentadbiran wilayah telah menjalankan 32 juta ujian Covid-19 di wilayah itu yang mempunyai 18 juta penduduk dan bandar berdekatan iaitu Foshan yang memiliki tujuh juta penduduk pula telah menjalankan 10 juta ujian Covid-19.

Guangzhou turut mengasing dan mengkuarantin puluhan ribu penduduk yang telah pergi ke kawasan-kawasan yang dijangkiti.

“Epidemik ini belum berakhir dan risiko jangkitan masih wujud,” kata timbalan pengarah Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Guangzhou, Chen Bin. -Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI