fbpx

Penduduk berang kes culik berkaitan makhluk asing tidak diendahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda ini mengatakan terdapat aktiviti penculikan di Sedgley- Sean Rayment

LONDON – Satu misteri menyelubungi sebuah pekan di England apabila sebuah papan tanda yang tertulis terdapat tiga kejadian penculikan oleh makhluk asing dalam tempoh seminggu, lapor laman Daily Star kelmarin.

Papan tanda yang diletakkan di Sedgley, daerah Barat Midland, England itu bertulis ‘Terdapat tiga kes penculikan yang dibuat makhluk asing di sini dalam seminggu. Bilakah dewan bandar akan lakukan sesuatu?’.

Penulis papan tanda itu secara tidak langsung menuduh dewan bandar tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan penculikan tersebut.

Penduduk tempatan yang mempercayai kewujudan piring terbang tidak dikenali atau Unidentified Flying Object (UFO) yakin daerah itu menjadi lokasi aktiviti makhluk asing di Britain.

Terdapat beberapa laporan penampakan UFO di kawasan tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan beberapa laman web telah diwujudkan bagi memudahkan ahli melaporkan lokasi penemuan makhluk asing.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Lisa berkata dia berada di laman depan rumahnya di Solihull ketika dia terlihat bebola berwarna jingga di langit.

“Perkara pertama yang saya fikirkan adalah ia kelihatan seperti pesawat yang sedang terbakar namun ternyata bukan.

“Ia bergerak sangat laju. Saya melihatnya selama beberapa saat sebelum ia mengecil dan menghilang,” demikian tulisan Lisa pada laman web itu.

Ahli Majlis Daerah, Karen Shakespeare berkata dia telah dimaklumkan tentang papan tanda tersebut dan memberitahu pihak dewan bandar akan mencabutnya dalam masa terdekat. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI