fbpx

Pemandu teksi dikompaun rentas negeri hantar barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenyataan oleh Kamarudin melalui laman sosial facebook rasmi Media GTSM, semalam.- IHSAN MEDIA SOSIAL

TAMPIN – Polis telah mengambil tindakan tepat dan wajar setelah mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000 kepada seorang pemandu teksi di sekatan jalan raya (SJR) Air Kuning Selatan, kira-kira pukul 8.20 malam, 11 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, sebaik ditanya kepada pemandu teksi berkenaan mengenai tujuan merentas negeri, pemandu teksi berkenaan menyatakan ingin menghantar barangan kering kes estet yang terletak di Air Kuning Selatan.

Menurutnya, pemandu teksi berkenaan ada menunjukkan bukti surat kebenaran beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dari Kementerian Pengangkutan untuk perkhidamatan teksi dan e-hailing.

“Semasa pemeriksaan dibuat, tiada penumpang di dalam teksi berkenaan dan alasan pemandu adalah untuk menghantar barangan kering adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0.

“Pemandu teksi berkenaan didapati telah menyalahgunakan surat kebenaran dari MOT bagi perkhidmatan menghantar serta mengambil penumpang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Anuwal berkata, kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah peraturan 17, Akta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam, Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) melalui Yang Dipertuanya, Kamarudin Mohd. Hussain membuat kenyataan akhbar meluahkan rasa sedih dan kesal dengan pertindihan SOP PKP 3.0 yang didakwa masih tidak selesai selepas seorang pemandu teksi ditahan dan disaman dalam SJR di Tampin kerana kesalahan merentas negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI