fbpx

Macedonia Utara letak sasaran baharu lepasi aksi kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDEV (kanan) mengakui Macedonia Utara mampu untuk melakar satu lagi sejarah melepasi peringkat kumpulan pada aksi Euro kali ini. – AFP

BUCHAREST – Penyerang Ma­cedonia Utara, Goran Pandev mengakui bahawa para pemain pasukan itu yang melakar sejarah layak ke saingan Euro 2020 kali ini bersedia untuk terus mencipta magis pada saingan ber­kenaan.

Menurutnya, dia dan rakan sepasukannya masih belum puas sekadar layak beraksi di Euro 2020 sebaliknya mereka memasang impian untuk melepasi pering­kat kumpulan.

Pandev mengakui kejayaan mara ke pusingan akhir Euro adalah suatu yang sangat membanggakan tetapi mereka tidak mahu sekadar dianggap pasukan pelengkap sebaliknya bersedia memberikan aksi yang cemerlang.

“Kejayaan ini sangat bermakna buat kami kerana tidak ramai yang menjangkakan kami mampu untuk menyertai aksi Euro kali ini.

“Namun, generasi ini membuktikan bahawa kepercayaan kepada diri membuatkan kami berada di sini dan sudahpun mencipta sejarah itu. Pasukan ini memiliki pemain yang baik sebelumnya tetapi kami yang berjaya membawa Macedonia Utara mara.

“Impian kami sangat besar dan berharap mampu memenangi beberapa perlawanan. Sasaran adalah untuk melepasi peringkat kumpulan, ia bukan mudah tetapi kami tahu kemampuan pasukan ini dan akan mencubanya,” katanya.

Skuad kendalian Igor Angelovski itu diundi di dalam Kumpulan C bersama Austria, Belanda dan Ukraine.

Mereka akan turun menentang Austria pada aksi pembukaan awal pagi esok sebelum bertemu Ukraine empat hari kemudian dan menentang Belanda pada aksi terakhir menentang Belanda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI