fbpx

Macam panjat Gunung Everest – Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC mara ke pentas final Terbuka Perancis selepas berjaya menewaskan Nadal pada aksi separuh akhir awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Bintang tenis No.1 dunia, Novak Djokovic meleburkan penguasaan ‘raja tanah liat’, Rafael Nadal di pentas separuh akhir Terbuka Perancis sekali gus mara ke pentas final Roland Garros dengan penuh bergaya.

Pemain pilihan utama dari Serbia, Djokovic menamatkan dominasi Nadal yang dilihat bersedia untuk memburu gelaran ke-14 di Roland Garros, namun tewas dengan keputusan 3-6, 6-3, 7-6, 6-2.

Bagaimanapun, Djokovic mengakui ia bukan tugas mudah untuk mengatasi lawannya itu yang disifatkan sebagai pemain terbaik selepas Nadal hanya mencatat kekalahan ketiganya sepanjang mengharungi 108 perlawanan dalam tempoh 17 tahun bersaing di Terbuka Perancis.

“Bagi saya ia merupakan satu keistimewaan bila dijadual berdepan Nadal dalam pertaru­ngan luar biasa seperti ini. Malam ini adalah perlawanan terbaik sepanjang saya beraksi di Roland Garros.

“Sukar untuk mencari perkataan bagi menggambarkan perasaan saya ketika ini jika ingin difikirkan rekod kejayaan Nadal di Roland Garros. Ini kerana, dia (Nadal) merupakan seorang pemain yang paling dominan dalam sejarah di Terbuka Perancis de­ngan 13 kemenangan.

“Dia bermain di Paris hampir 20 tahun dan kejayaannya di Roland Garros sangat luar biasa. Bila anda dapat tahu akan berdepannya di gelanggang keramat ini, anda seolah-olah perlu mendaki Gunung Everest untuk mengatasi Nadal.

“Saya hanya pernah menang sekali dalam lapan perlawanan ketika berdepan Nadal, tetapi ini adalah salah satu perlawanan yang akan saya ingat sampai bila-bila,” katanya.

Hasil kemenangan itu, Djokovic dijadualkan berdepan Stefanos Tsitsipas di final malam ini selepas pemain muda berusia 22 tahun dari Greece itu menewaskan pemain Jerman, Alexander Zverev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI