fbpx

Lapan lokaliti di Sabah, Sarawak dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tujuh kawasan di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Selasa ini sehingga 28 Jun depan.

Lima kawasan yang dikenakan PKPD itu adalah Kampung Batu 3.5, Jalan Apas (Kiri), Tawau, Sabah, Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu, Taman Telipok Jaya dan Kampung Penimbawandi, Tuaran serta Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua kawasan lagi iaitu Taman Pelangi, Semporna dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat, pula dilanjutkan tempoh PKPD bermula tempoh yang sama.

Menurut beliau, PKPD di kedua-dua kawasan tersebut sepatutnya tamat esok.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masih terdapat penularan berterusan dikalangan penduduk di dalam kawasan PKPD serta masih terdapat jangkitan baharu yang direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, selain tujuh kawasan di Sabah, pihaknya turut melaksanakan PKPD di Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching, Sarawak bermula tempoh sama iaitu Selasa ini sehingga 28 Jun depan.

“Langkah ini diambil selepas KKM mengesahkan sebanyak 54 kes positif di kawasan ini dari 138 ujian saringan yang dijalankan dengan kadar positiviti 39.1 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI