fbpx

Keluarga nelayan Kampung Telok Pencalang terkesan PKPD dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhaslinda (kanan) menyerahkan sumbangan telur kepada petugas JKM untuk diagihkan kepada penduduk ampung Telok Pencalang di Manjung.

MANJUNG – Keperluan kira-kira 200 keluarga di Kampung Telok Pencalang yang merupakan antara kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di daerah ini tidak dipinggirkan apabila menerima sumbangan barang-barang keperluan harian bagi meringankan kesukaran yang ditanggung.

Ini kerana hampir sebahagian besar penduduk Kampung Telok Pencalang adalah nelayan yang bergantung kepada hasil laut selain bekerja kampung.

Ahli Majlis Zon 5 Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Norhaslinda Zakaria berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda keprihatinan pihak berkuasa tempatan tersebut dalam memastikan tiada penduduk yang keciciran daripada dibantu.

Menurut beliau, sebanyak 200 buah kediaman penduduk yang terkesan menerima sumbangan termasuklah telur dan pelbagai jenis sayur-sayuran.

“Bekalan telur dan sayur-sayuran ini dibeli terus daripada penduduk setempat yang secara tidak langsung telah membantu mereka untuk memperolehi pendapatan.

“Barang-barang ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta atas bantuan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung yang kemudian mengagihkan kepada penduduk,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Kata Norhaslinda, pihaknya juga akan sentiasa mengambil maklum berhubung keperluan penduduk serta membantu meringankan kesukaran yang ditanggung ketika ini.

Sementara itu di Ipoh, sukarelawan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun pula mengedarkan sumbangan barang-barang keperluan harian seperti beras, susu, kopi, telur kepada penduduk yang terjejas sepanjang PKPD.

Tiga kawasan tersebut ialah Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Kampung Sungai Tapah dan Jelapang Baru.

Turut diedarkan ialah sumbangan 2,500 roti, 5,000 bun dan 2,500 bun kari ayam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI