COPENHAGEN – Perlawanan pembukaan Kumpulan B Euro 2020 antara Denmark dan Finland bertukar tragedi selepas pemain tengah Denmark, Christian Eriksen rebah secara tiba-tiba pada penghujung separuh babak masa pertama.
Pengadil perlawanan, Anthony Taylor segera menghentikan perlawanan tersebut dan memanggil pegawai perubatan masuk ke dalam padang sebelum bantuan pernafasan (CPR) dilakukan dengan pantas.
Pada perlawanan tersebut, Eriksen dilihat cemerlang bersama pasukan Denmark dan turut melakukan beberapa percubaan berbahaya ke gawang pasukan Findland.
Bagaimanapun, pada minit ke-42, Eriksen dilihat tidak bermaya dan rebah secara tiba-tiba sehingga tidak sedarkan diri.
Perlawanan babak pertama itu berakhir dengan keputusan 0-0 meskipun Denmark menguasai sepanjang perlawanan ketika beraksi di Stadium Parken.
Sehingga laporan ini ditulis, keadaan Eriksen masih belum dapat dipastikan lagi kerana tiada sebarang pengesahan dilakukan.
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam kenyataan pada akaun twitter memaklumkan bahawa perlawanan antara Denmark dan Finlad ditunda susulan kecemasan perubatan. – AGENSI