fbpx

Denda RM6,000 jika pacak bendera England pada kereta sepanjang Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penonton dilarang meletakkan bendera bersaiz besar sehingga menghalang pemandangan ketika memandu untuk menonton perlawanan Euro 2020. - Times Newspapers Ltd

LONDON – Peminat bola sepak yang mempamerkan bendera England pada kenderaan mereka sepanjang musim bola sepak Euro 2020 boleh dikenakan kompaun sebanyak £1,000 (RM5,795), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Perlawanan pertama England menentang Croatia berlangsung pada malam ini selepas temasya sukan itu ditunda selama setahun susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Penonton dijangka akan berpusu-pusu ke pub dan taman peminat bola sepak di seluruh negara untuk bersorak bagi menyokong pasukan tersebut.

Begitu pun, penduduk Britain boleh dikenakan kompaun jika menunjukkan sokongan mereka dengan memacak bendera England di kenderaan ketika dalam perjalanan untuk menonton perlawanan itu.

Biarpun memandu dengan meletakkan bendera pada kenderaan bukan satu kesalahan, bendera yang terlalu besar boleh disifatkan sebagai melanggar peraturan jalan raya.

Peraturan 30 dalam Peraturan Kenderaan Jalan Raya (Pembinaan dan Penggunaan) 1986 mengatakan, pemandu kenderaan mesti boleh melihat keadaan jalan raya dan trafik di hadapan secara jelas. 

Penonton yang membawa bersama haiwan peliharaan dan membiarkan ia berkeliaran bebas tanpa pengawasan pula akan dikompaun sehingga £5,000 (RM28,976). -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI