fbpx

Buaya sesat gemparkan penduduk Pulau Gaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Pulau Gaya berjaya menangkap seekor buaya sesat selepas kelihatan muncuk di kawasan pulau semalam. - Foto IHSAN PEMBACA

KOTA KINABALU – Penduduk sekitar Pulau Gaya gempar berikutan kehadiran seekor buaya sesat berhampiran pulau berkenaan dalam kejadian pagi semalam.

Bagaimanapun, reptilia berjaya ditangkap pada petang hari sama.

Kehadiran buaya berukuran empat meter panjang itu disedari seorang penduduk Kampung Pondo pulau berkenaan seawal pukul 8 pagi.

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas dimuat naik penduduk kampung yang berusaha menangkap haiwan terbabit.

Ketua Kampung Pulau Gaya, Rajit Serong, 60, berkata, penduduk setempat kemudiannya silih berganti mengekori buaya berkenaan dengan menggunakan bot.

“Kelibat buaya ini semakin jelas ketika air laut surut selain hanya berlegar-legar berhampiran pantai Kampung Lobong.

“Kami terus memasang jerat menggunakan tali sebelum berjaya menangkapnya kira-kira pukul 5.30 petang.

“Penduduk terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan bantuan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI