fbpx

Bayi usahawan tertukar di hospital swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Suriani bersama anak sebenarnya yang diperolehi kembali malam semalam.

SHAH ALAM – “Ini bukan drama, ini realiti,”.

Demikian kata seorang usahawan wanita, Siti Suriani apabila anak keduanya yang baharu dilahirkan Jumaat lalu di sebuah hospital swasta di sini tertukar dengan bayi lain semalam.

Insiden itu dikongsikan menerusi Siti Suriani atau dikenali sebagai Siti Jamumall Facebook Live apabila menyedari anaknya tertukar ketika suaminya mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu.

Menurut wanita berkenaan, dia melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 2.36 pagi dan pulang bersama bayi semalam selepas dibenarkan oleh pihak hospital.

“Saya tidak tahu apa nak cakap, saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain pada kaki bayi lelaki ini.

“Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan pukul 3.02 petang, 10 Jun tetapi saya melahirkan anak pada semalam (kelmarin) pada pukul 2.36 pagi,” katanya.

Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani memberitahu terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun saya memang ada terdetik kenapa wajah anak saya ketika dilahirkan itu lain dengan yang ini.

“Saya memang ‘double check’ nama ibu pada katil bayi saja sebelum mahu bawa keluar, saya tidak tengok pada tag nama di kaki,” ujarnya.

Jelas Siti Suriani, dia bersyukur apabila menemui bayinya semula malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden itu.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan pihak hospital berkenaan bagaimanapun tidak berhasil apabila pihak terbabit enggan mengulas lanjut. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI