fbpx

29 penduduk dua lokaliti PKPD Tumpat positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Kampung Kutan Tengah, Tumpat dikenakan PKPD bermula kelmarin sehingga 24 Jun ini. - Foto ZULHANIFA SIDEK

TUMPAT – Seramai 25 orang daripada 1,342 penduduk Kampung Kutan Tengah di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula kelmarin didapati positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan apabila hanya 11 penduduk yang dikesan dijangkiti Covid-19 dua hari lalu.

“Bagaimanapun, kita bersyukur apabila seramai 1,317 penduduk lagi didapati negatif daripada Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan di sini bermula Khamis lalu sehingga semalam.

“25 orang penduduk yang positif itu kini menjalani tempoh kuarantin di Hospital Tumpat di sini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, menurut Zaini, hanya empat orang penduduk kampung dikesan positif Covid-19 di kawasan PKPD Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI