fbpx

14 kompaun dikeluarkan IPD KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekatan jalan raya di Lebuh Raya Extension KLIA. - Foto FB IPD KLIA

SEPANG – Sebanyak 14 kompaun atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA sepanjang tempoh dua minggu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh fasa pertama.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner, Imran Abd. Rahman berkata, antara kesalahan dikesan seperti tidak memakai pelitup muka selain membawa penumpang melebihi had ditetapkan.

Katanya, tindakan kompaun diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Bagaimanapun, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pengguna jalan raya sekitar daerah ini sangat tinggi dengan 95 peratus.

“Malah, sepanjang tempoh dua minggu itu, jumlah trafik juga berkurangan sehingga 50 peratus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI