fbpx

13 PPV di Perak akan berfungsi, tunggu bekalan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani meninjau suasana PPV di Dewan Serbaguna Perumahan Penjawat Awam Aman Jaya, Lumut Kiri di Seri Manjung hari ini.

LUMUT – Sebanyak 13 daripada 31 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Perak masih belum berfungsi berikutan bekalan vaksin Covid-19 tidak mencukupi.

Bagaimanapun, perkara tersebut akan diatasi apabila bekalan vaksin dijangka diperolehi hujung bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, jika semua 31 PPV beroperasi sepenuhnya, dijangka antara 20,000 hingga 30,000 individu dapat divaksin setiap hari di Perak.

Menurutnya, sasaran itu dibuat berikutan penambahan kaedah pemberian vaksin menerusi kewujudan PPV bergerak dan PPV pandu lalu.

“Jika berdasarkan pengumuman Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bekalan vaksin dijangka tiba hujung Julai.

“Ketika ini dianggarkan kira-kira 10,000 penduduk divaksin sehari dengan sasaran ditingkatkan kepada 15,000 orang sehari dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) tiga perkampungan di Batu 9 Lekir, di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Tanjung Kepah, dekat sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI