fbpx

Tempoh reman pegawai penyiasat rogol janda disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (belakang, baju ungu) dibawa ke lokap polis selepas menerima lanjutan perintah reman di Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Tempoh reman terhadap seorang pegawai penyiasat polis berpangkat Inspektor yang dipercayai merogol janda di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini pada minggu lalu disambung tiga hari.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga 14 Jun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Amni Johari di bilik reman Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris ketika dihubungi berkata, lanjutan perintah reman itu dilakukan terhadap suspek bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan kesalahan melakukan seks luar tabii.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, pegawai cawangan narkotik yang berusia 29 tahun itu telah direman selama empat hari mulai 9 Jun hingga hari ini selepas disyaki memaksa seorang tahanan wanita melakukan seks oral sebelum merogolnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI