fbpx

Switzerland anggap Bale ancaman utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE dinamakan sebagai ancaman besar buat Switzerland dan mereka bersedia untuk merantai pergerakan pemain itu. – AFP

BAKU, Azerbaijan – Pemain pertahanan Switzerland, Ricardo Rodriguez menggesa rakan-rakan sepasukannya agar tidak memberikan ruang kosong kepada bintang Wales, Gareth Bale.

Rodriguez merasakan Bale mampu menghukum Switzerland jika tidak dikawal ketat dalam aksi Kumpulan A Euro 2020 di Stadium Olimpik Baku malam ini.

Bek kiri Torino itu percaya peluang Switzerland untuk memenangi aksi tersebut lebih cerah sekiranya berjaya mero­sakkan perancangan Wales yang mengharapkan kemam­puan Bale di bahagian serangan.

“Tidak diragui dia (Bale) seorang pemain yang sangat hebat dan berpengalaman luas tetapi kami satu pasukan mampu mengekang pergerakannya.

“Kami akan ‘merantainya’ dengan ketat tanpa memberikan ruang-ruang kosong kepada Bale. Jika tidak, kami yang akan berdepan masalah,” kata Rodriguez.

Dalam masa sama, saingan Euro kali ini adalah platform terbaik buat Rodriguez, 28, memperlihatkan kemampuannya dengan memikat hati ba­nyak kelab untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.

Rodriguez pernah dianggap salah seorang pemain pertahanan kiri terbaik dunia sebelum kemerosotan prestasi me­nyaksikan dia sekadar beraksi dengan Torino yang bergelut dalam kelompok bawahan Serie A di Itali.

“Saya enggan memikirkan mengenai masa depan. Jika kami mengharungi Euro kali ini dengan cemerlang, saya percaya banyak pasukan akan melihat aksi kamu, namun fokus sekarang lebih kepada Switzerland,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI