fbpx

‘Harap lelaki itu bertaubat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA mula menunjukkan pemulihan selepas dibawa pulang ke rumahnya di Sungai Udang, Melaka pada 30 Mei lalu.

JOHOR BAHRU – Keluarga kepada seorang wanita yang koma selepas disyaki dipukul oleh suaminya dalam kejadian pada 4 Mei lalu berharap suspek dikenakan hukuman paling berat dan se­timpal dengan perbuatan kejam yang dilakukan ke atas manga.

Adik mangsa dikenali sebagai Fazariah berkata, mereka sekeluarga akan menuntut keadilan mengikut undang-undang dan berharap suspek bertaubat dengan apa yang telah dilakukannya.

“Semoga ada keadilan buat kakak dan kami sekeluarga berharap dengan hukuman yang akan dikenakan nanti, ia akan memberi kesan kepada si pelaku agar segera bertaubat.

“Memaafkan itu mungkin ada, tetapi untuk terima dia semula dalam keluarga sangat sukar, kami tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mangsa yang juga kakitangan awam dilaporkan sudah dibawa pulang untuk dirawat di rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka selepas dibenarkan pulang dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 30 Mei lalu.

Berita berkaitan: Isteri hamil parah dibelasah suami

Menurut Fazariah, kakaknya yang kini hamil 14 minggu juga sudah memberi perkembangan positif sejak Rabu lalu apabila telah membuka mata, namun masih belum bertindak balas.

“Rabu lalu, dia sudah buka mata, tetapi masih belum beri respons apa-apa, kami bercakap dengannya dan dia tidak balas. Kakak masih lemah dan belakangnya juga sudah melecet agak teruk sebab baring terlalu lama.

“Kami sudah sapukan ubat untuk meredakan luka dan kami jangka kakak akan pulih dalam tempoh empat atau enam bulan. Buat masa ini, kakak masih menggunakan tiub untuk makan dan kami hanya sediakan susu khas untuk kakak,” katanya.

Kosmo! pada 17 Mei lalu melaporkan, seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor terpaksa bertarung nyawa selepas dipercayai dibelasah suaminya sendiri dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

Berita berkaitan: Suami kejam dicekup selepas 38 hari

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI