fbpx

Peminat BTS Indonesia kumpul dana ujian Covid-19 untuk penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat BTS Indonesia mengumpulkan dana untuk mendapatkan kit ujian pantas Covid-19 untuk pemandu ojol yang berperanan menghantar menu BTS Meal dari McDonald’s. -Twitter

JAKARTA – Peminat kumpulan pop Korea Selatan (K-pop) BTS yang juga dikenali sebagai ARMY sedang mengumpul dana secara online bagi mendapatkan kit ujian pantas Covid-19 untuk digunakan oleh penghantar makanan demi mendapatkan menu BTS Meal daripada McDonald’s, lapor laman berita Coconuts.co semalam.

Hal ini kerana menu BTS Meal keluaran McDonald’s itu hanya boleh ditempah melalui sistem penghantaran makanan.

Inisiatif itu dibuat ARMY Team ID selepas mengambil kira tiada penjarakan fizikal di kebanyakan cawangan restoran makanan segera itu apabila penghantar makanan atau ojol terpaksa beratur untuk mendapatkan menu tersebut.

Inisiatif tersebut dilancarkan di platform Kitabisa sejak kelmarin dan telah berjaya mengumpul sebanyak 27.5 juta rupiah (RM7,942). Mereka menyasarkan untuk mengutip sehingga 50 juta rupiah (RM14,440).

Sebelum ini, sebanyak 20 buah restoran McDonalds di Indonesia terpaksa ditutup selepas Wakil Gabenor Daerah Khas Ibu Negeri (DKI) Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil memandangkan aktiviti berkumpul beramai-ramai adalah melanggar peraturan kesihatan pencegahan penularan wabak Covid-19.

“Disebabkan berlakunya aktiviti yang melibatkan orang ramai berkumpul, anggota keselamatan terpaksa mengambil tindakan menutup cawangan-cawangan McDonald’s tersebut.

“Ini kerana jika dibiarkan, ia dikhuatiri menyebabkan berlakunya penularan wabak Covid-19 atau munculnya kluster baharu,” ujarnya. 

BTS Meal mengandungi sembilan biji nugget ayam McNuggets, sos cili manis dan cajun, kentang bersaiz medium dan juga air.

Edisi terhad itu juga dikatakan telah dipilih oleh ahli kumpulan BTS sendiri dan diinspirasikan daripada set sama di Korea Selatan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI