fbpx

Lepasan SPM 2020 institusi pendidikan MAIWP lulus 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

PUTRAJAYA – Seramai 293 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di lima buah institusi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mencapai kelulusan 100 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, beliau sejujurnya amat berbangga dan teruja dengan pencapaian itu.

Beliau berkata, ia satu pencapaian membanggakan sekali gus menzahirkan kesungguhan guru dan pelajar bagi mencapai matlamat yang dituju.

“Tidak ada apa-apa yang ingin saya ucapkan melainkan sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembayar zakat.

“Kecemerlangan mereka juga adalah berkat daripada zakat yang anda sumbangkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, lepasan SPM tersebut adalah penerima manfaat zakat dan akan kembali kepada masyarakat satu hari nanti sebagai para ulama, profesional dan teknokrat yang juga pembayar zakat

MAIWP kini mengendalikan lima institusi iaitu Pondok Moden al-Abaqirah, Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP Kuala Lumpur, SMA MAIWP Labuan dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI