fbpx

Krejcikova rentap impian besar Sakkari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KREJCIKOVA yang dianggap sebagai bukan pemain pilihan berjaya menundukkan Sakkari pada aksi separuh akhir awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pemain bukan pilihan dari Republik Czech, Barbora Krejcikova terus menyusun langkah dengan cemerlang selepas berjaya mara ke pentas final Terbuka Perancis dengan menewaskan pemain pilihan ke-17, Maria Sakkari di saingan separuh akhir awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Krejci­kova memerlukan masa selama tiga jam 18 minit sebelum dapat menyingkirkan jaguh kelahiran Greece itu dengan keputusan 7-5, 4-6, 9-7 sekali gus meneruskan momentum cemerlang di gelanggang tanah liat selepas menjuarai Terbuka Strasbourg sebelum ini.

Kata Krejcikova, keputusan yang diraih memberi kepuasan berganda buatnya terutama apabila tidak diletakkan sebarang harapan pada kejohanan ini tetapi mengakui Sakkari telah memberikan tentangan yang sengit.

“Secara jujur, saya rasakan tiada siapa yang layak kalah pada perlawanan ini dan lebih adil jika kedua-dua pemain dapat beraksi di pentas final.

“Namun, inilah lumrah sukan tenis yang mana tiada keputusan seri dan saya ucapkan selamat maju jaya buat Sakkari pada masa depan selepas beraksi cemerlang sepanjang kejohanan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Krejcikova berharap dapat meneruskan momentum apabila dijadualkan bertemu dengan pemain pilihan ke-31 dari Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova di pentas final yang akan berlangsung malam ini.

“Di atas kertas, Pavlyuchenkova adalah pemain pilihan dan lebih berpengalaman saya lebih gembira dengan status saya kerana ia membolehkan saya beraksi dengan cukup tenang.

“Bagaimanapun, saya tidak akan memberikan laluan mudah dan berjanji untuk fokus seratus peratus pada aksi final nanti,” kata pemain berusia 24 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI