fbpx

Jurugambar, penganjur majlis kahwin dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis perkahwinan disertai 20 individu diadakan di dalam sebuah rumah di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Penganjur dan jurugambar sebuah majlis perkahwinan di sebuah rumah di Butterworth di sini masing-masing dikompaun RM2,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pada pemeriksaan kira-kira pukul 1 tengah hari itu, pihaknya mendapati seramai 20 orang berkumpul di dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, majlis tersebut membabitkan 19 ahli keluarga dan seorang jurugambar berusia 16 hingga 50 tahun bagi meraikan perkahwinan anak lelaki penganjur.

“Oleh kerana penganjuran sebarang majlis tidak dibenarkan ketika ini, penganjur dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000.

“Kita terkilan kerana masih ada individu yang gagal mematuhi SOP dan sikap mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan situasi semasa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam perkembangan berbeza, Noorzainy berkata, pihaknya mengeluarkan 41 kompaun semalam dengan kesalahan merentas negeri dan daerah paling tinggi membabitkan sembilan individu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI