fbpx

Akauntan terpedaya menang wang daripada Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang akauntan kini berhadapan kebimbangan risiko kerugian apabila sebanyak RM104,000 wang bagi dua kad kreditnya berstatus ‘floating’ selepas terpedaya dengan penipuan Peraduan Menang Wang daripada penyamar “Shopee”.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, kira-kira pukul 2 petang semalam, ketika mangsa berusia 39 tahun berada di Seremban mangsa telah menerima pesanan di media sosial Facebook daripada Irene Wee.

Menurutnya, penyamar kemudiannya memberikan nombor telefonnya 019-9109136 dan memaklumkan bahawa mangsa telah menang wang sebanyak 1150SGD.

“Penyamar telah bertanya mangsa sama ada mempunyai kad kredit dan meminta nombor kad kredit mangsa serta butiran kad bagi urusan menerima wang tersebut.

“Mangsa telah memberi nombor dan butiran kad kredit HSBC dan Standard Chartered kepada penyamar dan mangsa telah diarahkan untuk menghantar mesej kata laluan sekali guna (OTP) kepada penyamar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Aibee berkata, mangsa mendapati terdapat transaksi sebanyak RM7,000 melalui kad kredit HSBC milik mangsa bagi urusan pembelian di Shopee.

Menurutnya, penyamar telah melakukan beberapa transaksi pembelian di Shopee menggunakan kad kredit milik mangsa sehingga mencapai RM70,000 untuk HSBC dan RM34000 bagi kad kredit Standard Chartered.

“Hari ini, kira-kira pukul 10.36 pagi, mangsa telah cuba menghubungi penyamar berkenaan tetapi tidak berjaya dan menyedari dia telah menjadi mangsa penipuan lalu membuat laporkan polis.

“Mangsa telah menghubungi pihak bank berkaitan kes ini dan dimaklumkan kesemua transaksi tersebut masih ‘floating’ dan pihak bank masih tidak dapat mengeluarkan penyata bagi transaksi tersebut kerana ianya masih dalam status ‘floating’ serta kesemua transaksi tersebut adalah untuk urusan Shopee.

Aibee berkata, jumlah kerugian sebenar mangsa masih belum pasti kerana bank memaklumkan bahawa kesemua transaksi masih ‘floating’ dan juga terdapat transaksi yang tidak berjaya kerana melebihi had limit transaksi harian pengadu.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI