fbpx

50 peratus penguat kuasa KPDNHEP telah vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) bersama Azman (dua dari kiri) sedang membuat pemeriksaan harga tomato di sebuah pasar raya di Jalan Lama Kuala Selangor, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM- Kira-kira 50 peratus daripada 2,200 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerima vaksin Covid-19 sehingga hari ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, suntikan vaksin tersebut memudahkan kerja mereka apabila berada di lapangan untuk melakukan pemeriksaan harian.

Katanya, pihaknya telah membuat permohonan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya mempercepatkan pemberian vaksin kepada penguat kuasa yang belum menerimanya.

“Kita memohon kepada Menteri bertanggungjawab (Khairy Jamaluddin) untuk memasukkan penguat kuasa kita dalam senarai petugas barisan hadapan.

“Setakat ini, kita ada seramai 2,200 penguat kuasa di seluruh negara. Keutamaan diberikan kepada mereka kerana mereka sering berdepan dengan orang awam,” katanya selepas meninjau sebuah pasar raya di Jalan Lama Kuala Selangor, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI