fbpx

4,227,554 individu terima dos kedua vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 4,227,554 individu di negara ini telah lengkap menerima dos kedua vaksin Covid-19 setakat pukul 11.59 malam tadi.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 dalam kenyataan melalui laman Twitter berkata, jumlah individu yang menerima suntikan dos pertama ialah 2,929,736 manakala penerima dos kedua ialah sebanyak 1,297,818.

“Selangor mendahului jumlah individu yang telah melengkapkan pengambilan vaksin dengan 170,855 diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).

“Sementara bagi jumlah individu yang telah menerima vaksin bagi dos pertama ialah Kuala Lumpur (505,498) diikuti Selangor (438,103), Sarawak (276,166), Johor (271,268) dan Perak (227,120),” katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendaftar vaksinasi di vaksincovid.gov.my/panduan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI