fbpx

13 kawasan dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 13 kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 hingga 27 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan berkenaan ialah Kampung Lakai, Jelebu, Negeri Sembilan; Kampung Indah, Nabawan; Kampung Manggis, Kuala Penyu; Taman Kinabutan Ria serta Simpang Inderasabah, Tawau dan Kampung Baru (SFI), Sipitang di Sabah.

Menurut beliau terdapat lagi tujuh kawasan dikenakan PKPD iaitu lima di Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang, antaranya ialah, Sungai Ikan, Blue Valley, Taman Matahari Cerah, Taman Desa Corina serta Kampung Baru Kampung Raja manakala dua lagi di Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan, Kota Belud, Sabah.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di semua kawasan terbabit berkuat kuasa bermula 14 hingga 27 Jun ini.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman web Majlis Keselamatan Negara di www.mkn.gov.my – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI