fbpx

[VIDEO] Usahawan kosmetik dan rakan direman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ushawan kosmetik (kanan) dan rakannya kiri ketika dibawa dibawa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

BANGI – Seorang usahawan kosmetik dan rakannya yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Ahad ini itu dikeluarkan oleh Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Sejurus selepas prosiding reman selesai, peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-dua suspek ketika ditemui memberitahu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu semasa gambar dirakam, usahawan kosmetik dan rakannya itu yang memakai baju lokap sempat berseloroh dengan pihak media mengatakan ‘tak baik tau’.

Semalam Kosmo! Online melaporkan polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berkenaan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti awam.

Menurut polis, pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di laman Instagram milik ‘safieyillias94’ yang juga hos bersama pemilik IG ‘pipinatasha’.

Semakan mendapati individu itu turut berpakaian menjolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada kanak-kanak di bawah umur itu.

Sebelum itu media melaporkan, bimbang aksi lucah dipamerkan usahawan kosmetik itu membabitkan kanak-kanak bawah umur ditayang untuk tontonan umum, seorang pensyarah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Pensyarah itu berkata, laporan dibuat bertujuan menggesa pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap usahawan kontroversi itu yang menggunakan saluran Instagram Live miliknya sebagai platform untuk melakukan dandanan seksual ke atas pengguna media sosial yang dipercayai baru berusia 14 dan 15 tahun itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI