fbpx

UMNO tidak bincangkan isu penubuhan Mageran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid berpendapat Darurat tidak patut diteruskan selepas 1 Ogos ini. FOTO: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – UMNO tidak membawa usul atau membincangkan isu penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan tidak dibangkitkan dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

“Mageran adalah sesuatu di luar kebiasaan sedangkan proklamasi darurat yang berkuat kuasa sekarang sudah mencukupi, cuma ia digunakan untuk mencapai tujuan lain.

“Saya sudah mempersembahkan kepada Tuanku mengenai pendirian UMNO terutamanya untuk darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos ini.

“Ini kerana kemudaratannya lebih besar kepada negara, ternyata tanpa darurat pun dahulu kerajaan masih boleh menguruskan isu-isu berkaitan dengan pandemik Covid-19,” katanya selepas selesai menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang tiba pukul 9.55 pagi itu dilihat beredar dari Istana Negara selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Presiden MIC, A. Vigneswaran turut dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara pukul 11.38 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI