HULU TERENGGANU – Tiga sekatan jalan raya (SJR) dibuka bagi mengawal pergerakan di Kampung Tajin di sini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari berkuatkuasa esok.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd. Adli Daud berkata, SJR tersebut terletak di Kilometer (KM) 3 dan KM6 Jalan Gaung – Kuala Ping di sini.
Beliau berkata, satu lagi SJR ditempatkan di KM8 Jalan Kuala Berang-Tajin-Telemong di sini.
“Penduduk daerah ini yang mahu ke Kuala Berang untuk memberi barang keperluan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif di persimpangan Kampung Kuala Ping di sini.
“Begitupun, penduduk perkampungan di sekitar Jalan Kampung Tajin – Kampung Imam Lapar di sini yang mahu ke Kuala Berang dibenarkan memasuki kawasan PKPD dengan syarat berdaftar dan mengemukakan bukti perjalanan di SJR,” katanya ketika memantau persediaan SJR di Kamping Tajin hari ini.- K! ONLINE