fbpx

Terpedaya untung 10 kali ganda sehari, buruh rugi RM8,275

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang buruh berusia 51 tahun mengalami kerugian RM8,275 selepas tertipu dengan pelaburan yang kononnya mampu meraih keuntungan sehingga lebih 10 kali ganda dalam masa sehari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dari Felda Chini di Pekan tertarik dengan satu iklan pelaburan yang dilihat di Facebook.

“Mangsa tertarik dengan pelaburan yang dinamakan Skim Pelaburan Muhibah Yatu Investment Pte Ltd dan telah menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan melalui WhatsApp.

“Mangsa kemudian diberikan senarai beberapa pakej skim berkenaan bermula dengan modal RM500 hingga RM5,000 dengan nilai pulangan dari RM1,200 hingga RM65,000 dalam masa sehari atau dua hari,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Wazir, mangsa kemudiannya memilih satu daripada pakej berkenaan dan memasukkan wang ke akaun yang diberikan sebanyak RM8,275 melalui 10 transaksi bermula 15 Mei sehingga 8 Jun lalu.

Jelasnya, mangsa mula berasa ditipu apabila sehingga kini tidak mendapat sebarang pulangan seperti yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dalam masa singkat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI