PETALING JAYA – Syarikat pengeluar Himaya Premium Hijab Medical Mask, Anggun Kirana Sdn. Bhd. menyumbangkan 10,000 keping pelitup muka kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.
Pengasasnya, Datuk KK Chua, sumbangan tersebut adalah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.
Menurutnya, program itu diadakan sebagai menyatakan sokongan terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan yang saban waktu bertungkus-lumus dan bergadai nyawa merawat pesakit Covid-19.
“Pelitup muka Himaya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu perakuan MDA (Medical Device Authority) sebagai pelitup muka perubatan jadi petugas barisan hadapan boleh memakainya tanpa was-was,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chua berkata, mereka bercadang untuk meneruskan sumbangan pelitup muka tersebut kepada beberapa lagi hospital.
Sementara itu, pegawai pusat perubatan itu, Dr. Ileena Abdul Muin berkata, pihak hospital amat berterima kasih di atas sumbangan tersebut.
“Ia sangat membantu petugas di pusat perubatan ini kerana kami memerlukan pelitup muka yang banyak,” katanya. – K! ONLINE