fbpx

Kebakaran tidak libatkan barang kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua motosikal dan sebuah bot fiber musnah dalam kebakaran melibatkan stor logistik di IPD Sentul, dekat sini malam tadi. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kebakaran yang berlaku di stor logistik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini bukan melibatkan barang kes yang dalam proses perbicaraan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kebakaran itu melibatkan barang-barang lama yang dalam proses pelupusan yang disimpan dalam stor itu.

“Tempat kebakaran merupakan tempat penyimpanan barang-barang lama seperti meja yang dalam proses pelupusan.

“Selain itu, terdapat beberapa barang lain yang digunakan untuk menyelenggara taman di sekitar IPD itu seperti baja disimpan dalam stor berkenaan,” ujarnya ketika mengulas insiden itu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut berkenaan insiden itu sudah dilakukan pihak polis bagi menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu.

“Kita sedang berusaha untuk mendapatkan analisa lengkap daripada pihak bomba dan kita berterima kasih kepada pasukan itu kerana berjaya memadamkan kebakaran dengan pantas,” katanya.

Terdahulu, sebuah stor logistik di IPD Sentul, dekat Jalan Ipoh, di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kebakaran itu turut mengakibatkan dua motosikal dan sebuah bot fiber musnah.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.57 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI