fbpx

Pegawai tidak temui bukti kelahiran kembar 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sithole sebelum melahirkan bayi kembar 10. – African News Agency

PRETORIA, AFRIKA SELATAN – Pegawai kerajaan Afrika Selatan mendedahkan tidak menemui sebarang rekod kelahiran hospital yang mengesahkan dakwaan seorang wanita telah melahirkan bayi kembar 10 seperti yang dilaporkan beberapa media kelmarin, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Dalam laporan tersebut, wanita dikenali sebagai Gosiame Sithole dilaporkan selamat melahirkan bayi kembar 10 atau decuplets secara pembedahan di sebuah hospital di Pretoria.

Bagaimanapun, sehingga kini, pegawai kerajaan tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan itu kerana gagal menemui sebarang rekod kelahiran.

Menurut seorang jurucakap gabenor wilayah, Thabo Masebe, pihaknya tidak menemui sebarang rekod yang mengatakan terdapat kelahiran kembar 10 di mana-mana hospital, sama ada kerajaan atau swasta, sedangkan kelahiran adalah satu perkara yang sukar untuk disembunyikan.

“Berdasarkan beberapa laporan media, kerajaan wilayah Gauteng telah menjalankan pemeriksaan ke atas semua hospital di wilayah itu bagi mengesahkan berita tersebut.

“Bagaimanapun, tidak ada satu pun hospital kerajaan atau swasta di wilayah ini yang mempunyai rekod kelahiran kembar 10 itu,” ujarnya.

Sithole sebelum ini pernah melahirkan sepasang bayi kembar pada  2016, selain dia juga merupakan salah seorang pelanggan Jabatan Pembangunan Sosial.

“Saya hanya boleh membuat pengesahan (kelahiran kembar 10) esok (hari ini) kerana pekerja sosial kami akan melawatnya,” kata jurucakap Jabatan Pembangunan Sosial, Feziwe Ndwayana.

Dalam pada itu, susulan pengumuman kelahirannya, Sithole memohon bantuan orang ramai untuk memberi sumbangan barangan seperti lampin, susu formula, botol susu, pakaian dan wang tunai.

Dia yang merupakan bekas pengurus sebuah kedai memaklumkan tidak dapat kembali bekerja dan hanya bergantung kepada ibu mentuanya untuk menjaga bayi-bayinya selain suami juga tidak bekerja. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI