“SEPANJANG melibatkan diri dalam perniagaan, cuma ada satu perkara yang tidak akan dapat saya lupakan.
“Waktu itu saya sarat hamil anak sulung tujuh bulan dan gigih memasukkan sachet demi sachet susu ke dalam 2,000 kotak untuk diagihkan kepada semua ejen di bawah kendalian saya.”
Itu antara momen indah yang tidak akan pernah dilupakan Najwa hingga ke hari ini.
Menurut anak jati kelahiran Kota Tinggi, Johor ini, walaupun pada masa itu dia sudah dilantik menjadi leader atau penyelia, namun semangatnya untuk terus berniaga tidak menghalangnya berbuat demikian.
“Bayangkan hanya dalam masa dua hari, saya dan dibantu ahli keluarga terdekat mampu menyiapkan 2,000 kotak tempahan susu yang bakal diagihkan itu.
“Pada masa itu, sektor perkilangan diarahkan tutup serta-merta ekoran pandemik maut Covid-19 yang melanda negara.
”Jadi dek kerana tidak mahu produk terkandas, kami terpaksa lakukan begitu setelah berbincang dengan pihak ibu pejabat. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun penat semasa sedang sarat hamil,” ujarnya.
Ditanya mengenai titik tolaknya dalam bidang perniagaan minuman yang disertainya, pemilik nama sebenar Nor Najwa Najiha M. Yousof, 26, berkata, dia mula menyertai pasukan tersebut dua tahun lalu iaitu sebulan selepas mendirikan rumah tangga.
Ceritanya, dia mula mendaftarkan diri sebagai ejen untuk mengedarkan minuman susu kambing berkhasiat di bawah satu jenama selepas terlihat iklan dalam laman sosial Instagram.
“Daripada situ saya mula beranikan diri walau tiada pengalaman. Saya mengambil masa selama setahun daripada ejen biasa kepada stokis dan seterusnya dilantik menjadi penyelia di Johor Bahru.
“Hingga kini, saya mempunyai 20 orang ejen, sembilan stokis dan empat orang master stokis, menjadikan kesemuanya 33 orang di bawah kendalian saya.
“Insya-Allah, saya jangka dan menyasarkan untuk mencapai lebih daripada 70 ke 100 orang ejen dan stokis sebelum 2021 melabuhkan tirai,” ujarnya.
Ditanya siapa dan dari mana sumber inspirasi diperoleh untuk terus bertahan dalam bisnes, Najwa memberitahu, kedua-dua orang tuanya membuatkan dia tetap cekal berada dalam arena tersebut.
“Kesabaran dan ketabahan ibu bapa berniaga berniaga makanan untuk membesarkan kami adik beradik menjadi aspirasi bagi saya untuk terus berusaha sehingga berjaya dalam perniagaan.
“Jadi sudah tiba masanya untuk saya membahagiakan dan memberi mereka sedikit nikmat kesenangan jika dibandingkan pengorbanan mereka yang tidak mungkin dapat saya balas,” tuturnya yang turut menjalankan bisnes menjual ayam pedas Korea Che Pah secara penghantaran terus.
Tambah Najwa, dia turut membuka peluang kepada semua terutama golongan wanita dan pelajar yang mahu menambah pendapatan dengan mendaftarkan diri sebagai ejen di bawah kendaliannya hanya dengan modal serendah RM140.
Sebarang pertanyaan dan malumat berkenaan pendaftaran ejen, bolehlah menghubunhgi talian 018-409 4279 atau menerusi Instagram @najwa_leadergoatgeos. – K! ONLINE