fbpx

Netizen kecam pasangan kekasih beza umur hampir 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Quran dan Cheryl tidak mempedulikan kata-kata netizen kerana saling mencintai. - ttvleolove_3/TikTok

LONDON – Sepasang kekasih yang mempunyai perbezaan umur sebanyak 37 tahun menjadi sensasi internet selepas menerima kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan hubungan mereka sebagai ‘menjijikkan’, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pemuda tersebut yang bernama Quran, 23, dan teman wanitanya, Cheryl, 60, menerima kecaman netizen yang mengatakan wanita itu kelihatan seperti neneknya meskipun kedua-dua mereka mengaku saling mencintai.

Selain itu, terdapat pengguna yang mengganggap Quran bercinta dengan Cheryl hanya semata-mata kerana wanita itu seorang yang kaya.

Dalam salah satu video yang dimuat naik dan menerima 3.7 juta tontonan, kedua-dua pasangan kekasih itu mengaku keluarga mereka merestui hubungan itu.

Anak-anak Cheryl juga dikatakan merestui hubungan mereka berdua meskipun kesemua mereka lebih berusia daripada Quran.

Dalam pada itu, meskipun ramai yang mengecam, terdapat juga beberapa komen yang menyokong hubungan pasangan kekasih tersebut dan memberikan kata-kata positif.

“Sesetengah orang memang tak boleh lihat orang lain bahagia kerana ia membuatkan mereka sedar bahawa kehidupan mereka amat teruk,” tulis seorang pengguna.

“Jangan pedulikan pandangan orang lain kerana yang penting, anda bahagia dan saling mencintai,” tambah seorang pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI