USAI pelakon Nabila Huda atau Abil mengumumkan bakal membuka kelas lakonan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pelakon baharu, Mizz Lahar dapat rasakan, itu perkara serius bukan sekadar ting kosong.
Inisiatif tersebut juga dipuji banyak pihak, sikap Abil yang lantang dan berani cakap berani tanggung itu ternyata jadi realiti. Dan siapa sangka, rupa-rupanya ramai pelakon baharu yang sememangnya menunggu ‘acara’ sedemikian untuk menuntut ilmu.
Antara yang menampakkan kelibat dalam kelas online Abil ialah Sharifah Rose dan Siti Khadijah Halim.
Harapnya, tiada lagilah kecaman yang diterima Sharifah Rose selepas ini.
MIZZ LAHAR: Ramai selebriti sudah luahkan rasa bosan kerana terpaksa berkurung dalam rumah sepanjang PKP. Sabarlah ya semua, joml vaksin dahulu.