fbpx

Majikan gagal patuhi Akta 446 didenda, kompaun RM3.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (dua dari kiri) mengetuai operasi pematuhan Akta 446 dan PKP 3.0 Fasa Pertama di sebuah kilang pengeluar produk elektronik dan peralatan perubatan di Kawasan Perindustrian Bakar Arang hari ini.

SUNGAI PETANI – Kementerian Sumber Manusia membuka sebanyak 745 kertas siasatan terhadap majikan atas pelbagai kesalahan dengan sebahagiannya telah didenda dan dikenakan kompaun berjumlah RM3.4 juta sejak Februari lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, tindakan menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) itu dibuat hasil pemeriksaan ke atas 106,824 penginapan pekerja melibatkan sebanyak 19,149 majikan.

Kata beliau, 745 kertas siasatan tersebut dibuka di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) terhadap majikan pelbagai sektor.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 125 kertas siasatan telah diambil tindakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen di seluruh negara dengan 55 kes telah selesai membabitkan jumlah denda dibayar sebanyak RM361,000.

“Sebanyak 291 kertas siasatan lagi diberi izin kompaun melibatkan tawaran kompaun berjumlah kira-kira RM3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi pematuhan Akta 446 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa Pertama di sebuah kilang pengeluar produk elektronik dan peralatan perubatan di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI