fbpx

Lima sekawan didakwa culik, bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima lelaki dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menculik dan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung di Sungai Kinta bulan lalu.

IPOH – Lima sekawan berhadapan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menculik dan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan terapung di Sungai Kinta bulan lalu.

Basharuddin Hammersla, 26; S. Jeyenthiran, 34; S. Simeon, 31; T. Selvamani, 40, dan V. Thiruganesh, 36, bersama dua lagi yang masih bebas didakwa membunuh A. Preshna, 40.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Che Puteh, Ipoh antara pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang 23 Mei lalu dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd. Wahab.

Pada prosiding sama, Jeyenthiran, Simeon, Basharuddin dan Selvamani turut didakwa menculik Preshna dengan tujuan dibunuh pada hari sama di bangunan terbiar Jublee Park kira-kira pukul 7.30 pagi.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati, penjara dan sebat jika bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K. Darinee manakala tertuduh masing-masing diwakili Peguam Nahtan Krishnan dan Charan Singh.

Mahkamah menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media pada 26 Mei lalu melaporkan, mayat Preshna dijumpai orang awam pada pukul 6 petang dalam keadaan muka dan tangan kirinya telah hancur dipercayai dibunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI