fbpx

Lelaki tampar presiden Perancis dipenjara 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tarel (kanan) berkata tindakannya menampar Macron (kiri) berlaku kerana nalurinya dan dia bertindak tanpa berfikir. -PM News Nigeria

VALENCE, PERANCIS – Mahkamah Perancis kelmarin menjatuhkan hukuman penjara empat bulan kepada seorang lelaki kerana menampar Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Damien Tarel, 28, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, namun mendapat penangguhan hukuman selama  14 bulan. Dia menampar Macron pada Selasa lalu.

Pendakwa raya menyifatkan tindakan lelaki yang berada dalam tahanan semenjak serangan itu sebagai ‘tidak boleh diterima’ dan ‘melakukan kekerasan dengan sengaja’.

Dalam sebutan kes, mahkamah mengikut saranan pendakwa raya untuk mengenakan hukuman penjara selama 18 bulan, namun selepas perbicaraan ringkas, hakim memutuskan bahawa Tarel perlu menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

Tarel memberitahu pendakwa raya bahawa tindakannya menampar Macron selepas menunggu Presiden itu di luar bangunan sekolah di kampung Tain-l’Hermitage adalah ‘mengikut naluri dan bertindak tanpa berfikir’. 

Di mahkamah, Tarel menyampaikan rasa simpati terhadap gerakan ‘jaket kuning’ dan berkata,  dia bersama dua rakannya pernah mempertimbangkan untuk membaling telur atau pai krim kepada Presiden itu semasa lawatan beliau ke Drome. 

Tarel memberitahu saluran berita BFM bahawa dia berasa jengkel dengan Macron ketika lelaki itu datang dan menegurnya dan menyifatkan tindakan itu sebagai ‘langkah memancing undi bagi pilihan raya tahun depan yang saya tidak hargai’. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI