fbpx

KSN beri tumpuan PPV diurus pejabat daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Zuki (kanan) sempat melihat salah seorang warga emas orang asli yang hadir menerima suntikan vaksin di PPV ewan Serbaguna Seri Iskandar, di sini, hari ini. - FOTO: MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

PARIT – Tumpuan akan diberikan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dalam merancakkan lagi program vaksinasi di kawasan luar bandar.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pihaknya akan melakukan lawatan di PPV yang diuruskan oleh PDT bagi memastikan proses pemberian vaksin berjalan lancar .

Menurut beliau, tumpuan itu juga bagi memastikan segala keperluan organsasi dan operasi PPV yang diuruskan pejabat-pejabat daerah di lokasi luar bandar ini berjalan sama sepertimana di bandar.

“Ini lawatan pertama saya luar di luar Lembah Klang dan tujuannya adalah untuk melihat kemajuan pelaksanaan vaksinasi yang telah dilaksanakan kerajaan.

“Saya dapati kemudahan diadakan di PPV teratur serta baik dan saya hadir untuk memberi sokongan moral kepada petugas barisan hadapan dan pejabat-pejabat daerah yang sama-sama berganding bahu memastikan proses pelaksanaan vaksinasi berjalan lancar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat PPV Dewan Serbaguna Seri Iskandar di sini yang juga merupakan PPV kedua dilawati beliau di Perak melibatkan Daerah Kinta dan Daerah Perak Tengah

Mohd. Zuki turut menzahirkan rasa gembira dengan maklum balas positif yang diterimanya ketika melawat PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh pada sebelah pagi tadi yang memulakan khidmat suntikan vaksin secara pandu lalu, semalam.

“Saya lihat pelaksanaanya begitu terurus dan sempurna malah maklum balas dari penerima vaksin mengatakan mereka berasa selesa.

“Saya berharap PPV yang lain dapat melaksanakan perkara yang sama juga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI