fbpx

Juri All Together Now Malaysia akan dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program All Together Now Malaysia dihentikan siaran sementara waktu selepas didakwa melanggar SOP PKPP. Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Polis akan memanggil 50 juri selebriti yang terbabit dalam rakaman program hiburan ‘All Together Now Malaysia’ terbitan Astro baru-baru ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, kesemua mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam masa terdekat.

Beliau berkata, mereka dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

“Mereka akan disiasat kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Kami juga akan menyiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI