fbpx

Djokovic tepati ramalan mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC berikrar untuk menjulang gelaran kedua di Roland Garros sambil mahu menyekat hajat Nadal menambah kejuaraan di Paris. – AFP

PARIS – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic menepati ramalan apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Perancis selepas menewaskan wakil Itali, Matteo Berrettini dengan kemenangan 6-3, 6-2, 6-7, 7-5 awal pagi semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan Djokovic akan bertemu dengan juara bertahan, Rafael Nadal pada aksi separuh akhir di Roland Garros malam ini dalam usaha merangkul kejuaraan Grand Slam ke-19 peribadinya.

Kata Djokovic, aksi bertemu Nadal sudah tentu menjanjikan saingan yang berbeza terutama apabila pemain itu merupakan juara 13 kali Terbuka Perancis.

“Saya percaya aksi bertemu Nadal adalah cabaran sebenar yang perlu saya tempuhi kerana walaupun saya menduduki ran­king No.1 dunia, dia tetap menjadi pilihan utama.

“Sudah tentu setiap kali bersaing dengannya, perlawanan akan berlangsung sengit dan saya tidak terkejut jika dikatakan permusuhan kami berdua di atas gelanggang dianggap antara yang terbaik dalam sejarah sukan ini.

“Apa yang pasti, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk memburu gelaran Grand Slam ke-19 peribadi termasuk trofi Terbuka Perancis kedua kerana persiapanan yang dilakukan sangat baik dan kini saya cukup bersedia menyingkirkan Nadal,” katanya.

Sebagai rekod, Djokovic telah menentang Nadal sebanyak 57 kali dalam karier mereka dengan pemain kelahiran Serbia itu me­raih 29 kemenangan berbanding 28 kekalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI