fbpx

Datuk Seri Maximus tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili tiba di hadapan pintu dua Istana Negara di sini hari ini.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau didapati masuk ke Istana Negara sekitar pukul 2.16 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

Presiden PBS itu merupakan pemimpin parti politik terakhir yang menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Parti Bersatu Sabah (PBS) memeterai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjalin hubungan politik secara formal dalam kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN ) Sabah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI